“SEBENARNYA kami yang menasihati mereka untuk membuat laporan polis supaya tidak lagi ditanya peminat,” kata penerbit konsert yang juga Ketua Esksekutif Belbis Sdn Bhd, Fendy Alias selepas didakwa telah menangguhkan Konsert 4G’S terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu lagi.
Dedah Fendy, pihak mereka sendiri runsing kerana duit penjualan tiket menerusi Redtix Sdn. Bhd. yang berjumlah RM100,000 sehingga kini belum dikembalikannya kepadanya.
Pun begitu Fendy berjanji akan membayar kembali duit penonton yang membeli tiket jika konsert yang menampilkan empat penyanyi lelaki hebat Tomok, Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad itu jika mereka menerima duit penjualan tiket berkenaan.
“Kami belum dapat apa-apa bayaran lagi daripada Redtix. Semua wang hasil penjualan tiket yang bernilai hampir RM100,000 itu ada pada mereka.
“Redtix pernah keluar notis untuk siapa yang nak refund boleh isi form tapi tak berlaku walaupun mereka dah buat seperti yang diarahkan.
“Kita rela refund, tapi Redtix sampai sekarang hilang tanpa khabar berita.
"Kita minta peminat bersabar sehingga kita dapat kembali duit dari pihak ticketing Redtix yg sehingga sekarang masih belum dapat walau satu sen.
"Bagi peminat yang telah membeli tiket diharapkan tetap menyimpan bukti pembelian,” jelasnya.
Kata Fendy, sehingga kini dia masih belum nampak bayang bahawa konsert itu akan berlangsung seperti yang dirancang selepas terkesan dengan pandemik virus COVID-19 sebelum ini.
“Sebenarnya kita tak nak cancel dulu, tapi bila dah pandemik ini…kita juga dah terkesan.
"Malah selepas bulan Disember tu kita rancang untuk teruskan pada April kemudian Julai 2021 tapi tak berjaya juga kerana masih dalam pandemik.
“Lagipun hendak mengumpulkan balik penyanyi ini dalam satu tarikh yang lain juga agak usah sebab mereka ada komitmen masing-masing,” ujarnya.
Terdahulu penyanyi, Tomok bersama tiga rakannya, iaitu Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad membuat laporan polis berhubung Konsert 4G's yang masih tertangguh sehingga ke hari ini.
Tomok yang mewakili rakan-rakannya itu memohon agar pihak penganjur dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Terdahulu, Konsert 4G's sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur namun, ditangguh ke tarikh 11 dan 12 Disember, tahun sama. Bagaimanapun, ia masih lagi tidak berlangsung seperti dijadualkan. -- Gempak
Gempak
Sat Jun 17 2023
Tomok bersama tiga rakannya, iaitu Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad membuat laporan polis berhubung Konsert 4G's yang masih tertangguh sehingga ke hari ini. - Gempak
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Selepas Tomok buat laporan polis, penganjur konsert dedah tak terima duit tiket RM100,000!
Penganjur berjanji akan membayar kembali duit penonton konsert yang menampilkan Tomok, Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad itu jika mereka terima duit penjualan tiket berkenaan.